Eksklusif

Ramadan Lebih Bersih & Bermakna
Dengan Clorox, bulan Ramadan ini pastinya lebih bermakna apabila rumah bersih dan meningkatkan kekusyukan dalam ibadat.
Clorox Malaysia

News Stack oleh

Clorox Malaysia

Dikemaskini pada 29 Mac 2025

share0
thumbs-up2
ohkasih ramadan lebih bersih bermakna bersama clorox

News Stack ini lebih baik dalam aplikasi

Baca semua artikel tanpa had pada aplikasi Lumi News

Muat turun secara percuma

🀝 Kolaborasi Dengan OHBULAN!

Menyedari kepentingan ini, Clorox Malaysia dengan kolaborasi bersama OHBULAN! telah mengadakan satu inisiatif istimewa di bawah segmen OH Kasih, bertemakan β€˜Ramadan Lebih Bersih & Bermakna Bersama Clorox’, bertempat di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah, Semenyih.

Bagi penghuni di sini, kebersihan bukan hanya keperluan harian, tetapi kunci kepada ketenangan hati β€” membolehkan mereka menunaikan ibadah dalam keadaan yang selesa, dan memberi ruang untuk muhasabah dan refleksi yang lebih bermakna.


Dalam suasana penuh keikhlasan, seramai 30 sukarelawan dari Clorox Malaysia dan OHBULAN! berganding bahu menjalankan gotong-royong membersihkan ruang kediaman, bilik tidur, tandas, ruang makan, dapur dan kawasan luar menggunakan rangkaian produk Clorox termasuk Clorox Bleach, Clorox Disinfecting Floor Cleaner, Clorox Trigger Spray, Clorox Toilet Bowl Cleaner dan Clorox Disinfecting Wipes.


Hasil usaha bersama ini tidak hanya meninggalkan ruang yang bersih dan segar, tetapi juga menghadirkan suasana damai yang menyentuh hati.

πŸŒ™ Bulan Ramadan, Bulan Yang Berkat

Ramadan bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Ia adalah masa untuk berkongsi rezeki, menyemarakkan kasih sayang dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Namun, untuk mencapai ketenangan batin dan kekhusyukan dalam ibadah, persekitaran yang bersih dan selesa memainkan peranan yang penting.

πŸ’™ Meluangkan Masa Bersama

Lebih daripada membersihkan ruang, pasukan sukarelawan turut meluangkan masa beramah mesra dan berbuka puasa dengan penghuni pusat jagaan. Dalam perbualan yang sederhana tetapi penuh makna, mereka berkongsi erti Ramadan dan Syawal buat mereka.


β€œRamadan ni satu yang sangat bermakna, bulan untuk beribadah dan bersyukur. Raya pula masa untuk meraikan dan bergembira,” kongsi salah seorang penghuni.

Bagi mereka, Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga tentang mensucikan hati dan menyebarkan kebaikan. Malah, mereka juga menekankan bahawa kebersihan adalah sebahagian daripada ibadah.


β€œRuang yang bersih membantu kami untuk lebih khusyuk berdoa dan merasa tenang,” kongsi penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah dengan senyuman yang penuh syukur.

🎁 Barangan Clorox Dihadiahkan

Program ini diakhiri dengan sumbangan barangan keperluan kebersihan Clorox untuk kegunaan pusat jagaan, termasuk Clorox Bleach, Clorox Disinfecting Floor Cleaner, Clorox Trigger Spray, Clorox Toilet Bowl Cleaner dan Clorox Disinfecting Wipes, bagi membantu mereka mengekalkan kebersihan jangka panjang.

πŸ’¬ Daripada Pengurus Kanan Clorox Asia Tenggara

Hilda Zulkiflee turut hadir pada hari yang penuh kemanusiaan ini. Dalam ucapannya, beliau berkata:


β€œKami di Clorox percaya, ruang yang bersih bukan hanya memberi keselesaan secara fizikal, tetapi juga membentuk persekitaran yang menenangkan jiwa. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan, kebersihan membolehkan seseorang mendalami fokus kepada ibadah dan refleksi diri.


Kami bersyukur dapat memainkan peranan kecil dalam memberikan bukan sahaja keselesaan, tetapi juga ketenangan dan kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan. Semoga setiap usaha kecil ini membawa keberkatan di bulan mulia ini.”

πŸ’¬ Daripada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah

Encik Azlan melahirkan rasa terharu dengan usaha ini, β€œWarga emas di sini mungkin jauh dari keluarga, tetapi kehadiran Clorox dan OHBULAN! hari ini bagaikan keluarga yang datang menyantuni mereka.


Bukan sekadar membersihkan rumah, tetapi membersihkan rasa sepi di hati. Terima kasih kerana memahami bahawa untuk mereka menikmati Ramadan dengan sempurna, ruang bersih yang tenang amat penting untuk mereka beribadah.”

πŸ’¬ Daripada Ketua Bahagian Kandungan Video OHBULAN!

Ash Nordin berkata, β€œKami percaya Ramadan bukan sahaja tentang berbuka dan bersahur, tetapi juga tentang memberi, berkongsi, dan menyentuh hati. Bersama Clorox, kami berpeluang menyumbang tenaga dalam memastikan ruang yang bersih ini menjadi permulaan kepada hati yang lebih lapang dan tenang buat warga emas di sini.”

πŸ’Œ Terima Kasih Clorox

Sesungguhnya, kebersihan luaran membantu membina ketenangan dalaman. Ruang yang bersih membolehkan fikiran fokus, ibadah menjadi lebih khusyuk dan hati lebih ikhlas dalam mencari keberkatan Ramadan.


Terima kasih kepada Clorox kerana membawa bukan sahaja kebersihan, tetapi juga membawa sinar kebahagiaan dan ketenangan kepada mereka yang memerlukan. Ramadan kali ini sememangnya lebih bersih & cukup bermakna bersama Clorox buat Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah.

News Stack ini dibawakan oleh Clorox Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Clorox atau ikuti Facebook rasmi.

πŸ“° Clorox Dalam Berita

Sedang dimuat turun...

Tiada komen

✨

Tinggalkan komen pertama di sini!

Pastikan anda sentiasa mematuhi Garis Panduan Komuniti!

Muat turun aplikasi untuk sertai!

Lebih News Stack

Trending sekarang

Sedang dimuat turun...