独家
新闻汇编来自
KWC Fashion Wholesale
最新更新于 2025-03-10
🤩 Semuanya Di KWC Fashion Wholesale
Menjelang Aidilfitri, persiapan menyambut hari gembira sering kali menjadi cabaran utama bagi setiap individu.
Baik mengemas rumah, menyediakan juadah tradisional, mahupun mencari pakaian raya yang sempurna untuk seisi keluarga, segalanya memerlukan persiapan rapi bagi menggembirakan hati semua .
Dalam kesibukan ini, mencari tempat yang menyediakan pelbagai pilihan fesyen pada harga berpatutan sangat melelahkan.
KWC Fashion Wholesale hadir sebagai solusi sehenti bagi mereka yang ingin mendapatkan koleksi baju raya terkini tanpa perlu berkunjung ke pelbagai lokasi. - FOTO KWC
Namun, KWC Fashion Wholesale hadir sebagai solusi sehenti bagi mereka yang ingin mendapatkan koleksi baju raya terkini tanpa perlu berkunjung ke pelbagai lokasi.
Sebagai pusat borong fesyen terbesar di Malaysia, KWC menawarkan kepelbagaian rekaan moden dan tradisional untuk semua peringkat umur, memastikan persiapan raya anda lebih mudah dan teratur.
🌟 Trend Fesyen Raya 2025 Di KWC
Dari kiri, Kurung Kedah Lilac, Baju Kebaya Pendek (Harry Collection, Lot 3A-06), Mini Kaftan Batik & Pario (Ebnara, Lot 3A-65), Baju Kebarung Brocade & Selendang Organza (Harry Collection, Lot 3A-06), Baju Kurung Modern (Sekali Lafaz, Lot 3A-39), Abaya Chiffon Mustard (Isra Couture Ent, Lot 3A-88), Abaya Kristal (FA Fatima Abayat, Lot G-13A), Baju Kurung Modern Biru (Sekali Lafaz, Lot 3A-39) dan Selendang Organza (Harry Collection, Lot 3a-06)
Bagi mengikuti trend semasa, koleksi KWC Fashion Wholesale tahun ini mengetengahkan gabungan pelbagai warna pastel seperti Baby Blue, Lilac dan Peachy Pink serta warna terang seperti Burgundy, Magenta dan Golden Olive sebagai tarikan.
Warna klasik seperti Emerald Green, Royal Blue, serta hitam dan putih pula kekal menjadi pilihan utama bagi mereka yang menginginkan gaya ringkas dan elegan.
Dari kiri, Baju Kebarung, Kurta Jalur dan Baju Kebaya sulam hitam (Harry Collection, Lot 3A-06), Baju Mini Kurung jingga (FFC, Lot 1-19), Kemeja Batik (Ain International, Lot 3A-26), Baju Mini Kurung (Butik Oma, Lot 1-22), Baju Kurung Modern Biru (Sekali Lafaz, Lot 3A-39), Baju Kebaya Labuh Biru (Harry Collection, Lot 3A-06), Kurta Merah ( Seri Maharani, Lot 1-91) dan kain pelikat (Aelinn Enterprise, Lot 3-33A)
Dari segi rekaan pula, baju kurung moden dengan potongan longgar dan selesa menjadi tumpuan dengan fabrik bertekstur seperti sulaman 3D, songket, renda lembut dan corak floral mendominasi pilihan.
Batik dengan motif berulang turut mendapat perhatian dalam trend koleksi kali ini termasuk rekaan unik 8D pada kain satin mango untuk penampilan yang lebih elegan.
Bagi kaum lelaki pula, terdapat juga pilihan pakaian merangkumi baju Melayu dan kurta, jubah, samping, songkok, serta pelbagai pilihan kemeja batik sama ada batik tempatan mahupun Indonesia.
Dari kiri, Telekung renda (merah jambu), tas telekung, telekung sulam kanak-kanak dan telekung renda (kelabu), (Telekung Nurjannah, Lot 2-58), Tasbih kristal, tasbih kayu, tasbih digital dan sejadah, (Bazaar Arab, Lot 1-16), Kurta dewasa dan kopiah (FA Fatimah Abayat, Lot G-13), Jubah kanak-kanak (Elda, Lot 1-41), Rida (FA Fatimah Abayat, Lot G-13). Kedai kelengkapan peralatan solat dan sunnah (Bazaar Arab, Lot 1-16)
Tidak hanya memberi tumpuan kepada pakaian menjelang Aidilfitri, KWC turut menyediakan pelbagai keperluan ibadah termasuk telekung dalam pilihan fabrik seperti kapas, satin dan bahan kalis air, sejadah, tasbih, Al-Quran, serta pilihan kurma dan madu.
🥳 Ganjaran Menarik Menanti
Lebih menarik, pengunjung turut berpeluang mendapatkan hadiah menarik seperti set pinggan mangkuk dan sampul raya eksklusif menerusi program penebusan KWC sepanjang Ramadan ini.
Selain itu, terdapat juga Bazaar Ramadan KWC yang menawarkan pelbagai juadah tempatan termasuk nasi dagang, nasi kerabu, martabak, roti John, shawarma, takoyaki, kuih-muih dan aneka jenis mi sepanjang Ramadan ini bermula jam 3 petang hingga 8 malam.
Di samping itu, KWC turut menganjurkan program Sinar Ramadan pada 18 Mac 2025, dengan kerjasama Iltizam Relief dan Persatuan Penduduk Sri Selangor sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.
Program ini membabitkan pengagihan bubur lambuk kepada komuniti yang turut diserikan dengan kehadiran selebriti Sharifah Shahirah.
😎 Penampilan Selebriti
Lebih mengujakan, KWC akan turut menampilkan barisan selebriti terkenal pada tarikh-tarikh berikut:
• 9 Mac, 2 petang: Iskandar Projector
• 16 Mac, 2 petang: Ani Mayuni
• 18 Mac, 2 petang: Saujana (Nasyid)
• 23 Mac, 2 petang: Aisha Retno
Oleh itu, rancang kunjungan anda ke KWC Fashion Wholesale dan nikmati pengalaman membeli-belah yang memenuhi segala keperluan persiapan Aidilfitri.
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi dan acara terkini, layari laman web rasmi di www.kenangacity.com.my, atau ikuti media sosial KWC di Facebook dan TikTok.
Jangan lupa sertai kemeriahan #KWCLipLapRiaRaya dan temui pelbagai pilihan fesyen menarik dengan harga borong di KWC Fashion Wholesale.
📰 Dalam Berita Berkaitan
Tentang KWC Fashion Wholesale
KWC Fashion Wholesale, pusat membeli-belah borong fesyen pertama dan terbesar di Malaysia, dibuka pada 20 Oktober 2011. Mempunyai lebih daripada 800 kedai, KWC berfungsi sebagai pusat membeli-belah sehenti yang menawarkan produk berkualiti dari fesyen terkini pada harga yang berpatutan.
News Stack ini dibawakan oleh KWC Fashion Wholesale. Untuk maklumat lanjut, sila layari layari laman web rasmi di www.kenangacity.com.my, atau ikuti media sosial KWC di Facebook dan TikTok.
更多新闻汇编