独家
新闻汇编来自
EON Berhad
最新更新于 2025-01-13
🎁 RSVP Sekarang Untuk Dapat Goodie Bag PERCUMA!
Daftar sekarang untuk lock tempat anda di festival dan menjadi sebahagian daripada perjalanan menarik ini ke 2025! Hadirin yang RSVP akan menikmati daftar masuk melalui lorong pantas (langkau queue!) dan membawa pulang beg cenderahati percuma sementara stok masih ada. Masuk adalah percuma.
RSVP sekarang!
Tarikh: 10–12 Januari 2025
Masa: 10 pagi-6 petang
Tempat: EON Glenmarie, Shah Alam
✨ Jangan Terlepas Tawaran & Promosi Ini
Dapatkan rebat dan tawaran pilihan pinjaman dengan kadar faedah serendah 1.98% sepanjang festival ini.
🚗 Pandu Uji Pelbagai Kereta
Pandu uji model terkini, termasuk Proton e.MAS 7, EV nasional pertama Malaysia yang dipamerkan di bilik pameran perdana baharu di EON, Glenmarie dan nikmati keseronokan pemanduan EV terbaik di laluan khas yang disediakan.
🤩 Sebab-Sebab Lain Anda KENA Hadir!
🎁 Unboxing Hot Wheels Edisi Khas – Pengunjung dan peminat automotif semua peringkat umur berpeluang menerima Hot Wheels koleksi secara PERCUMA! Lebih 700 koleksi Hot Wheels bakal dimenangi pada hari Sabtu dan Ahad.
🍽️ Food Truck & Festive Treats – Nikmati hidangan lazat, aktiviti mesra keluarga dan persembahan kebudayaan yang meriah, termasuk tarian naga sempena mengalu-alukan Tahun Baru Cina!
☕ Ruang Baharu, Pengalaman Baharu – Terokai kafe baharu EON dan servis outlet AVIS terkini yang direka untuk keselesaan dan kemudahan pelanggan.
💡 Konsultasi Dengan Pakar – Temui pakar profesional untuk mendapatkan nasihat berkenaa penyelesaian pembiayaan dan pemilikan EV di bilik pameran Proton e.MAS serba baharu!
🎁 Siapa Bakal Menang Kempen #samasama40 AEONxEON?
Festival ini juga akan mengumumkan pemenang-pemenang hadiah utama Kempen AEONxEON #samasama40 “Belanja & Menang 2024” meraikan kejayaan ulang tahun ke-40 AEON dan EON, di mana EMPAT pemenang bertuah akan membawa pulang kereta idaman mereka sebagai hadia, termasuk:
🚘 Mitsubishi Xpander
🚗 Audi Q8 e-Tron
🚙 Proton X90 Flagship
⚡ smart #1
📣 Tunggu Apa Lagi? RSVP Sekarang!
🎁 Pra-daftar hari ini untuk menerima goodie bag percuma (selagi stok masih ada) dan kemasukan “fast-lane”! RSVP untuk rakan dan keluarga anda juga! Mudah je.
👉 https://eonberhad.com/mpfestival25
Ini adalah festival permulaan baharu, penuh dengan perayaan, tawaran eksklusif dan hadiah hebat yang anda tidak mahu ketinggalan!
#EONFestival2025 #FestivalOfNewBeginnings #AEONxEON #samasama40 #DriveIntoTheFuture
🎊 Detik Perayaan dan Pengiktirafan
Festival ini juga meraikan pengiktirafan EON baru-baru ini sebagai Pemenang Anugerah Pengalaman Pelanggan Terbaik 2024, anugerah serantau pertama dan satu-satunya untuk kecemerlangan dalam pengalaman pelanggan daripada CXP Asia. Pencapaian ini menekankan dedikasi EON untuk menyampaikan perkhidmatan yang tiada tandingan dan kepuasan pelanggan.
Akkbar Danial, Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad, berkongsi kegembiraannya tentang acara ini:
“EON & Sahabat Festival of New Beginnings bukan sekadar meraikan pencapaian kami tetapi bukti kepercayaan dan sokongan pelanggan, rakan kongsi dan pekerja kami. Sambil kami memberi penghormatan kepada pemenang kempen #samasama40, kami juga melihat ke hadapan untuk masa depan yang penuh dengan kemungkinan, didorong oleh inovasi, kerjasama dan mobiliti yang lestari.”
📌 Tentang EON Berhad
Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) diperbadankan sebagai syarikat persendirian pada tahun 1984 untuk menjadi pengedar untuk projek kereta nasional pertama Malaysia, PROTON, dan telah berjaya mengedar lebih dari sejuta kereta PROTON di seluruh negara.
EON telah berkembang dengan strategi pelbagai jenama, dan kini merupakan pengedar jenama global melalui ana-anak syarikatnya. Euromobil Sdn Bhd memasarkan rangkaian kereta Audi, sementara HICOM Auto Sdn Bhd merupakan pengedar untuk Volkswagen. Rangkaian Mitsubishi ditawarkan melalui EON Automart Sdn Bhd, pengedar Mitsubishi terbesar di Malaysia. Untuk jenama PROTON, EON memiliki sepuluh pengedar di seluruh Malaysia.
EON juga merupakan pemegang francais untuk AVIS, dan mengendalikan 18 pusat sewa di seluruh lapangan terbang dan bandar di Malaysia. Beroperasi melalui DRB-HICOM EZ Drive Sdn Bhd, Avis Malaysia dianugerahkan "Lesen Terbaik Tahun 2018" oleh Avis Budget Group.
EON telah diperakui ISO 9001: 2000 sejak tahun 2003.
Terkini, EON telah dianugerahkan Anugerah Pengalaman Pelanggan Terbaik 2024, anugerah serantau pertama dan satu-satunya untuk kecemerlangan dalam pengalaman pelanggan daripada CXP Asia.
News Stack ini dibawakan kepada anda oleh EON Berhad. Untuk maklumat lanjut tentang acara ini sila layari https://eonberhad.com/mpfestival25
📰 EON Berhad Dalam Berita
暂无留言
你是第一个来这里的!
下载应用程序即可参与!
更多新闻汇编
暂无留言
你是第一个来这里的!
下载应用程序即可参与!