Sibuk berpidato tapi jangan lupa hadir sidang Parlimen, PKR ingatkan Hadi
2 个月前
PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang diingatkan tentang keberkatan pendapatan susulan tindakannya yang ‘sibuk beraksi dengan berpidato’ tetapi tidak hadir ke sidang Parlimen, kata Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Amidi Abdul Manan.
Amidi berkata, Islam menitikberatkan soal kesucian dan keberkatan pendapatan.
“Pimpinan PKR hanya mahukan keikhlasan dan kesungguhan wakil rakyat Marang dan beberapa Ahli Parlimen dari PN untuk hadir ke sidang Parlimen.
“Maka apa alasan untuk kita mengambil pendapatan sedangkan kita tidak melaksanakan tugasan yang diwajibkan ke atas kita,” katanya dalam kenyataan.
您可能喜欢 ⬇️
趋势新闻
正在加载。。。