Menteri: Pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara beransur stabil
3 个月前
JAKARTA, 19 MAC: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjangkakan pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara kembali pulih menjelang hujung tahun ini.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ini didorong oleh usaha kerajaan melalui kementerian yang terlibat untuk memudahkan kemasukan pekerja di sektor pertanian dan lain-lain sejak Januari.
“Insya-Allah pada tahun ini pengeluaran telur ayam mencukupi dan mampu sampai ke tahap eksport pada hujung tahun,” katanya di majlis bersama diaspora Malaysia di Indonesia, di sini semalam.
趋势新闻
正在加载。。。