Jangan samakan GISBH dengan Al-Arqam

Jangan samakan GISBH dengan Al-Arqam

3 days ago

MUKADIMAH BIARPUN kurang menonjol tanpa publisiti, Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH) berjaya melebarkan rangkaian perniagaan dari dalam sehingga ke luar negara. Entiti ini mempunyai cara tersendiri untuk berkembang pesat dalam perniagaan selain misi dalam memastikan jaminan keselamatan makanan dapat dicapai. Bagaimanapun, masih ada stigma segelintir pihak yang mengaitkan GISBH sebagai sebuah pertubuhan Al-Arqam dengan membuat pelbagai dakwaan bersifat negatif. Ikuti wawancara wartawan Mingguan Malaysia, MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI bersama Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, DATUK LOKMAN HAKIM PFORDTEN bagi mendapatkan perspektif beliau. Turut membantu, jurufoto AFIQ RAZALI.MINGGUAN MALAYSIA: Masih ramai yang tidak tahu berkenaan perniagaan dan entiti GISBH. Boleh jelaskan secara terperinci? Alhamdulilah kita telah menceburi pelbagai sektor perniagaan setakat ini antaranya, pembangunan modal insan, pendidikan, perindustrian, perladangan dan penternakan, perkilangan dan pembangunan, keluarga serta remaja. Kita juga sudah mempunyai 5,330 pekerja di setiap rangkaian perniagaan kami termasuk di luar negara seperti Algeria, Tunisia, Bosnia Herzegovina, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Maghribi, United Kingdom (UK), Jordan, Perancis, Jerman dan Turki. Tapi banyak yang mengetahui tentang perniagaan runcit kami. Dengan memiliki lebih 30 kedai serbaneka, kedai bakeri dan restoran kami cuba sebaik mungkin untuk memenuhi tuntutan fardu kafiyah dengan menyediakan pelbagai keperluan terutama kepada orang Islam.RAHSIA KEJAYAAN Apakah rahsia kejayaan GISBH sebagai wakil pelbagai produk Muslim yang sebelum ini dilihat kurang menonjol dengan pelbagai publisiti? Sebenarnya kita tidak melihat ia sebagai kejayaan. Kejayaan sebenar apabila Allah SWT reda. Kalau dapat menguasai dunia pun Allah SWT tidak reda apa maknanya? Apa yang kita buat bukannya mahu mencari kekayaan atau untung. Kita harap mendapat kasih sayang Allah SWT dan memburu cintanya serta cinta Rasulullah SAW. Melaksanakan segala yang disukai Allah SWT dan nabi serta berkhidmat kepada manusia tak kira apa bangsa atau agama pun, di situ kita harap Allah SWT reda. Perlu diingat kita orang Islam ada dua tugas. Pertama, sebagai hamba dan satu lagi sebagai khalifah. Telah disebut apa tugas kita dalam al-Quran. Hamba ini ertinya kita tunduk dan laksanakan perintah Allah. Beribadah seperti berpuasa, solat, tunaikan haji dan sebagainya. Kedua, ibadah sunat iaitu solat tahajud, sedekah dan solat-solat sunat lain. Akan tetapi ada ibadah yang ketiga dan lebih luas iaitu membangunkan fardu kifayah dalam pendidikan, kesihatan dan apa jua keperluan manusia. Tidak boleh tidak, mesti memenuhi keperluan kita. Contohnya, perlu makan dan minum halal. Kalau tiada makan minum yang halal semua orang Islam perlu tanggung dosa. Tapi kalau ada satu pihak yang buat, lepaslah daripada dosa. Jadi cuba bayangkan, kalau kita terapkan ia sebagai konsep ibadah. Maknanya lagi banyak beribadah lagi maju dan dapat berkhidmat kepada seramai-ramai manusia. Bukankah itu indah?

Read the full story

It's better on the Lumi News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Switch to the app
lumi screenshot

An easier way to get news and share it 🔥

germ

News from 50+ trusted media

link

Available in ENG, BM, and Chinese

fire

Get notifications for breaking news

Read More

It's better on the app

An easier way to get news and share it 🔥