Perkhidmatan diagnostik termaju
3 days ago
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, Hematogenix® ialah Makmal Pusat Penyelidikan Klinikal Global yang mengkhusus dalam onkologi/penyelidikan barah dengan akreditasi daripada Kolej Pakar Patologi Amerika (CAP) dan Pindaan Penambahbaikan Makmal Klinikal (CLIA). Menurutnya, ia mula beroperasi secara global sejak 2007 dan di Malaysia pada Jun 2021. "Hematogenix® beribu pejabat di Chicago, Illinois, Ameriksa Syarikat dengan tiga cawangan lain di seluruh dunia, meliputi pasaran Eropah di Manchester, United Kingdom, pasaran China di Shanghai."Pasaran terkini untuk Asia Pasifik pula adalah di Cyberjaya,"katanya yang merasmikan Hemotagenix Asia Pasifik. Beliau berkata, selain meningkatkan pelaburan langsung asing dan industri penyelidikan klinikal, kerjasama antara Hematogenix® serta Kementerian Kesihatan (KKM) akan merangsang lebih kerjasama."Terutama dalam menyediakan perkhidmatan diagnostik termaju kepada rakyat Malaysia dan pertukaran ilmu serta latihan untuk saintis dalam KKM "Ia turut memberi manfaat kepada pesakit barah kerana pelbagai ujian untuk barah biomarker kini tersedia di negara ini dengan masa menunggu lebih singkat untuk diagnosis,"katanya.
Read the full story
It's better on the Lumi News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
Trending News Stacks
It's better on the app
👈 Scan the QR code to download