Kenyataan Tiong tidak menggambarkan pendirian Wisma Putra - Saifuddin
12 days ago
Kuala Lumpur: Kenyataan Duta Khas Perdana Menteri ke China Datuk Seri Tiong King Sing mengenai lawatan kontroversi Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan tidak menggambarkan pendirian Kementerian Luar, kata Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
"Itu bukan kenyataan yang dibincangkan dengan Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)," kata Menteri Luar kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk 'Genta Telah Berbunyi' ditulis oleh Raja Ahmad Aminullah, di sini, Sabtu.
Saifuddin berkata beliau telah menyatakan pandangannya mengenai perkara itu semasa Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) ke-55 dan Mesyuarat Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja pada 3 Ogos.
Read the full story
It's better on the Lumi News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
Trending News Stacks
It's better on the app
👈 Scan the QR code to download