Negeri bawah BN perlu pinda undang-undang tubuh
9 days ago
Perkara itu diputuskan hasil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Menara Dato Onn di sini, malam tadi. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah meminda undang-undang tubuh atau enakmen negeri itu perlu dilakukan selepas Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini, selesai diwartakan. Katanya, mesyuarat MKT juga memperakukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dengan sedikit pindaan terhadap Perlembagaan UMNO yang berkuat kuasa mulai 29 Julai 2022."Susulan pindaan itu, tidak ada pemilihan jawatan dalam Persidangan Cawangan, Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung serta tiada pemilihan jawatan di semua peringkat pada kali ini."MKT juga ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas kelulusan yang diberikan itu," katanya dalam kenyataan. Bagaimanapun, Ahmad Maslan berkata, persidangan UMNO cawangan ditetapkan berlangsung mulai 15 Ogos hingga 18 September ini. Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian pula ditetapkan bermula pada 7, 8 dan 9 Oktober ini."Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian ditetapkan pada 14, 15 dan 16 Oktober, manakala Perhimpunan Agung UMNO pula pada 23 hingga 26 November ini," katanya.
Read the full story
It's better on the Lumi News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
Trending News Stacks
It's better on the app
👈 Scan the QR code to download