Pemansuhan subsidi minyak langkah pastikan lebih banyak bantuan bersasar - Pakar
9 days ago
Kuala Lumpur: Pemansuhan subsidi minyak masak sawit kemasan botol 2 kilogram (kg), 3kg dan 5kg yang diputuskan kerajaan dilihat sebagai langkah untuk memastikan lebih banyak bantuan secara terus dan bersasar dapat diberikan kepada golongan yang layak menerimanya. Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata keputusan kerajaan itu, termasuklah keputusan mengekalkan subsidi minyak masak sawit dalam bungkusan plastik, dapat memberi manfaat kepada golongan rentan seperti B40 dalam memperoleh barangan keperluan bersubsidi yang disediakan kerajaan. "Kerajaan dalam masa sama turut mengumumkan dana tambahan RM630 juta kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan memanfaatkan seramai 8.6 juta rakyat di negara ini, jadi, bantuan ini mampu mengurangkan sebahagian beban dalam membeli barangan keperluan bulanan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Read the full story
It's better on the Lumi News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
Trending News Stacks
It's better on the app
👈 Scan the QR code to download