Eddie Hamid berdikir malam ini dan esok
11 days ago
Program yang berlangsung di Pantai DCZ Seaview Seafood Perdana Resort PCB, Kota Bahru, Kelantan itu turut menampilkan ramai penggiat seni kelahiran Kelantan antaranya Fendi Kenali, Are Long PM II (Pok Leh Agogo), Rizal Ranjuna (Tok Jogho), Jen Endorro (Tukang Karut), Pok Nik Ha (Tukang Karut) dan Kumpulan Dikir Telaga Bata, Tumpat. Eddie berkata, acara terbabit bukan sekadar untuk hiburan semata-mata tetapi diselitkan kerja amal untuk membantu anak yatim dan ibu tunggal. "Untuk menonton persembahan dikir barat ini tidak dikenakan bayaran. Sebanyak 10 pendikir, termasuk kumpulan Dikir Telaga Bata, Tumpat akan menghiburkan penonton. Kami berhasrat untuk memberi sumbangan kepada anak yatim dan ibu tunggal. Persembahan akan bermula pada jam 9 malam dan sepanjang ia berlangsung kami terbuka terima sumbangan daripada mana-mana pihak," katanya kepada Harian Metro.
Read the full story
It's better on the Lumi News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
Trending News Stacks
It's better on the app
👈 Scan the QR code to download