Hari pertama Mat Kilau cipta sejarah kutip RM1 juta
9 days ago
Pengarahnya, Syamsul Yusof, 38, ketika dihubungi berkata, kejayaan awal diraih filem terbitan Studio Kembara itu adalah rezeki daripada Allah selain kerja keras yang sudah ditunjukkan semua pelakon dan pasukan penerbitan sepanjang proses penggambaran. "Saya sebagai pengarah bersama pelakon dan pasukan penerbitan dengan rasa rendah diri, sangat bersyukur dengan pencapaian yang amat membanggakan ini. Seperti apa kita tahu, dengan ini Mat Kilau menjadi filem epik Melayu pertama kutipan tertinggi dalam sejarah bagi filem epik. Jadi tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Syukur alhamdulillah. Rezeki daripada Allah."Secara peribadi, saya dah banyak buat filem dan melalui fasa ini beberapa kali filem pecah rekod, jadi perasaan saya lebih pada menghargai karya saya selepas ini. Mengambil lebih serius dan terus belajar, belajar dan belajar demi memartabatkan industri filem Melayu yang mungkin pada segelintir memandang rendah.
Read the full story
It's better on the Lumi News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
Trending News Stacks
It's better on the app
👈 Scan the QR code to download