Sunway Malls tumpu wilayah utara
11 days ago
Kuala Lumpur: Sunway Malls akan memberi tumpuan ke wilayah utara selepas kejayaan pengembangan Sunway Carnival Mall di Seberang Perai, Pulau Pinang. Dalam satu kenyataan hari ini, Sunway Malls berkata walaupun menghadapi cabaran ekonomi akibat Covid-19, Sunway Carnival Mall telah menggandakan ruang niaganya kepada satu juta kaki persegi dengan 95 peratus ruang telah disewa dan dibuka dengan kadar kepenghunian 80 peratus. Pengembangan RM500 juta itu menyaksikan peningkatan 60 peratus dalam bilangan kedai kepada 350 kedai berbanding 220 kedai sebelum ini dan kemudahan tempat letak kereta telah ditambah bagi menampung 3,200 kenderaan.
Read the full story
It's better on the Lumi News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
Trending News Stacks
It's better on the app
👈 Scan the QR code to download