Borneo Eagles juara kali ketujuh
24 hours ago
SANDAKAN: Borneo Eagles meraih kejuaraan kejohanan Ragbi Antarabangsa Borneo Tujuh Sebelah 2023 buat kali ketujuh selepas menewaskan Hong Kong China Dragons 17-12 dalam aksi final, di sini, hari ini.
Ulangan aksi final edisi lepas pada 2019, perlawanan sengit tersebut menyaksikan pasukan tuan rumah mendahului 7-5 pada separuh masa pertama sebelum Hong Kong China Dragons cuba bangkit pada babak kedua untuk mengikat kedudukan 12-12.
Beberapa minit sebelum wisel penamat, Kaleb Jean muncul wira pasukan Borneo Eagles apabila berjaya melakukan 'try' untuk mempertahankan kejuaraan, sekali gus memastikan kemenangan kejuaraan ketujuh selepas edisi 2004, 2007, 2015, 2016, 2017 dan 2019.
Read the full story
It's better on the Lumi News app
โ Itโs fast
โ Itโs easy to use
โ Itโs free
Why read with Lumi?
Staying informed is hard work. Use the Lumi News app to get the latest news from publishers you like, in a beautiful app. Save time and find delight in news-reading again.