Pendakwa Raya arah pembebasan semua yang ditahan kes letupan Pelabuhan Beirut
5 days ago
BEIRUT: Pendakwa Raya Lubnan, Ghassan Oweidat semalam memerintahkan pembebasan kesemua yang ditahan dalam kes letupan di pelabuhan Beirut 2020, dengan syarat pergerakan mereka akan dihadkan, kerana perselisihan faham dengan seorang hakim yang bertanggungjawab menyiasat kejadian itu, lapor Sputnik.
Keputusan itu melarang tahanan meninggalkan negara dan memperuntukkan kes mereka diserahkan kepada majlis kehakiman, lapor penyiar Lubnan LBC.
Sementara itu, sumber di mahkamah Lubnan memberitahu Sputnik bahawa Oweidat akan mendakwa hakim Tarek Bitar, yang sedang menyiasat letupan itu, selepas beliau memfailkan tuduhan baru-baru ini terhadap ketua pendakwa raya dan pegawai berpangkat tinggi lain berhubung insiden itu, dengan tujuan untuk memanggil mereka untuk disoal siasat pada bulan Februari.
Read the full story
It's better on the Lumi News app
โ Itโs fast
โ Itโs easy to use
โ Itโs free
Trending right now
It's better on the app
๐ Scan the QR code to download
Topics to check out
20 more topics