KPI 100 hari KPK capai eksport RM35 bilion
14 days ago
Putrajaya: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi 100 hari untuk memperkukuh nilai eksport sektor agrikomoditi dengan sasaran RM35 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata perkara itu diputuskan susulan sesi pemukiman Jemaah Menteri baru-baru ini dengan semua kementerian diarah menyediakan KPI jangka pendek 100 hari, sederhana (dua tahun) dan panjang (lima tahun).
Aspek lain KPI tersebut adalah meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dalam sektor agrikomoditi dengan sasaran 55,000 tan jualan buah tanda segar (BTS) oleh pekebun kecil sawit menerusi Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM).
Read the full story
It's better on the Lumi News app
โ Itโs fast
โ Itโs easy to use
โ Itโs free
Trending right now