Pegawai MPJ didakwa beri keterangan bercanggah kes rasuah
8 days ago
am@hmetro.com.my
MELAKA: Seorang pembantu penilaian kanan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menjadi individu pertama di negeri ini, didakwa atas tuduhan memberi keterangan bercanggah ketika perbicaraan kes rasuah membabitkan seorang pegawai polis, minggu lalu.
Tertuduh, Mohd Hadaffy Mokhtar Ruzaini, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Elesabet Paya Wan, di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, hari ini.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memberi kenyataan tidak selaras kepada pengadu iaitu Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Irwan Shah Abdul Samat, berkaitan suapan wang tunai dalam perbicaraan kes Pendakwa Raya lawan JS Kalvinderjit Singh di Mahkamah Sesyen 1, Ayer Keroh, pada 18 Januari lalu, antara jam 2.40 petang hingga 3.30 petang.
Read the full story
It's better on the Lumi News app
โ Itโs fast
โ Itโs easy to use
โ Itโs free
Trending right now
It's better on the app
๐ Scan the QR code to download
Topics to check out
20 more topics