Penanaman candu di Myanmar melonjak 33 peratus - PBB
8 days ago
BANGKOK: Pengeluaran candu di Myanmar semakin berkembang sejak rampasan kuasa oleh tentera, dengan penanaman pokok popi meningkat tahun lalu.
Ini susulan usaha pembasmian tanaman terlarang itu berkurangan dan ekonomi yang goyah menyebabkan lebih ramai orang menyeludup dadah, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan hari ini.
Pada 2022, ketika musim penanaman pertama sejak tentera merampas kuasa daripada kerajaan Aung San Suu Kyi yang dipilih secara demokrasi pada 2021, Myanmar menyaksikan peningkatan 33 peratus kawasan penanaman kepada 40,100 hektar, menurut laporan Pejabat PBB untuk Dadah dan Jenayah.
Read the full story
It's better on the Lumi News app
โ Itโs fast
โ Itโs easy to use
โ Itโs free
Trending right now
It's better on the app
๐ Scan the QR code to download
Topics to check out
20 more topics